Angkara Berebut Lelaki Gadis Dibelasah
KANGAR – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital.
Dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang kelmarin berhampiran sekolah itu yang terletak dekat sebuah taman perumahan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Noor, 15, mendakwa dia ditampar, dipukul dan dipijak oleh kumpulan pelajar tersebut yang mengamuk selepas menuduhnya merampas kekasih mereka.
Serangan ganas itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari sekolah untuk pulang dengan menunggang basikal selepas selesai mengikuti latihan sukan.
Kumpulan pelajar perempuan itu didakwa sudah menunggu mangsa sebelum mereka terus membelasahnya. Pada masa itu mangsa yang tinggal di Pangsapuri Sena kira-kira 500 meter dari sekolahnya dalam perjalanan pulang seorang diri.
Setelah puas dikerjakan hampir 15 minit, Noor yang dalam kesakitan terpaksa mengagahkan diri mengayuh basikal pulang ke rumah. Kejadian malang yang menimpanya tidak dimaklumkan kepada ibunya.
Bagaimanapun, pada pukul 12 tengah malam, mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ibunya setelah dia muntah-muntah.
Mengimbas kejadian itu, Noor memberitahu, pertelingkahan tersebut berpunca apabila dua orang daripada kumpulan pelajar perempuan yang dikenalinya itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan teman lelaki mereka.
“Saya beritahu saya tiada apa-apa hubungan namun kedua-dua pelajar itu tidak berpuas hati dan terus menarik rambut dan memukul saya sebelum rakan lain ikut serta membelasah saya,” kata pelajar itu ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Noor, anak kedua daripada tiga beradik, baru sebulan belajar di SMK Perlis itu setelah berpindah dari Sungai Petani, Kedah bagi mengikuti ibunya yang bekerja di kedai makan di sini. Mangsa telah pun kematian bapa.
Katanya, dia langsung tidak menyangka kumpulan pelajar terbabit akan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila tergamak membelasahnya sehingga dia hampir terjatuh ke dalam longkang.
“Malah ketika itu ada dua remaja lelaki iaitu teman lelaki kepada dua pelajar yang menuduh saya menjalin hubungan dengan kekasih mereka.
“Namun, kedua-dua remaja lelaki itu termasuk seorang yang bersekolah di sekolah sama dengan saya tidak membantu menjelaskan keadaan sebenar, sebaliknya kedua-dua lelaki itu turut menonton dan bersorak apabila melihat saya dibelasah.
“Hanya tiga pelajar perempuan dalam kumpulan itu yang saya kenal termasuk dua pelajar yang menuduh saya mempunyai hubungan dengan kekasih mereka. Ketiga-tiga pelajar itu sebaya dengan saya dan sama kelas dengan saya,” ujarnya.
Salon kecantikan untuk si Mati
Tidak hanya orang hidup, orang mati pun perlu didandani. Rumah pemakaman yang juga menawarkan jasa mendandani jenazah kini sedang diminati di Taiwan. Orang-orang pun tertarik untuk belajar cara mempercantik mayat
Mandi Bogel Di Tepi Jalan
LOS ANGELES - Kejadian menghebohkan terjadi di jalan raya Los Angeles. Pasalnya dua orang gadis cantik nampak bogel dan mandi di tepi jalan.
Seorang pemandu kereta mengalami kecelakaan akibat kejadian tersebut.
Kedua wanita tersebut merupakan aktivis perlindungan haiwan Peta. Mereka melakukan aksi mandi dijalanan untuk memperingati Hari Air Sedunia..
Pejabat berita CBS pun merakam kejadian ketika apabila seorang pemandu kereta melanggar sebuah lori pick-up karena melihat kedua gadis tersebut mandi.
Peta juga melancarkan aksinya tidak hanya di Amerika Syarikat. Di London, dua orang model juga melakukan aksi mandi sedemikian.
Mereka melakukan protes terhadap perusahaan daging yang menggunakan banyak air. Mereka mengklaim bahawa dengan tidak memakan daging sebanyak setengah kilogram, orang ramai akan menjimatkan air sebanyak enam bulan untuk mandi..