(Gambar) Dirogol Beramai-ramai

Angkara Berebut Lelaki Gadis Dibelasah

KANGAR – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang kelmarin berhampiran sekolah itu yang terletak dekat sebuah taman perumahan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Noor, 15, mendakwa dia ditampar, dipukul dan dipijak oleh kumpulan pelajar tersebut yang mengamuk selepas menuduhnya merampas kekasih mereka.
Serangan ganas itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari sekolah untuk pulang dengan menunggang basikal selepas selesai mengikuti latihan sukan.

Kumpulan pelajar perempuan itu didakwa sudah menunggu mangsa sebelum mereka terus membelasahnya. Pada masa itu mangsa yang tinggal di Pangsapuri Sena kira-kira 500 meter dari sekolahnya dalam perjalanan pulang seorang diri.
Setelah puas dikerjakan hampir 15 minit, Noor yang dalam kesakitan terpaksa mengagahkan diri mengayuh basikal pulang ke rumah. Kejadian malang yang menimpanya tidak dimaklumkan kepada ibunya.

Bagaimanapun, pada pukul 12 tengah malam, mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ibunya setelah dia muntah-muntah.
Mengimbas kejadian itu, Noor memberitahu, pertelingkahan tersebut berpunca apabila dua orang daripada kumpulan pelajar perempuan yang dikenalinya itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan teman lelaki mereka.
“Saya beritahu saya tiada apa-apa hubungan namun kedua-dua pelajar itu tidak berpuas hati dan terus menarik rambut dan memukul saya sebelum rakan lain ikut serta membelasah saya,” kata pelajar itu ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.

Noor, anak kedua daripada tiga beradik, baru sebulan belajar di SMK Perlis itu setelah berpindah dari Sungai Petani, Kedah bagi mengikuti ibunya yang bekerja di kedai makan di sini. Mangsa telah pun kematian bapa.
Katanya, dia langsung tidak menyangka kumpulan pelajar terbabit akan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila tergamak membelasahnya sehingga dia hampir terjatuh ke dalam longkang.
“Malah ketika itu ada dua remaja lelaki iaitu teman lelaki kepada dua pelajar yang menuduh saya menjalin hubungan dengan kekasih mereka.

“Namun, kedua-dua remaja lelaki itu termasuk seorang yang bersekolah di sekolah sama dengan saya tidak membantu menjelaskan keadaan sebenar, sebaliknya kedua-dua lelaki itu turut menonton dan bersorak apabila melihat saya dibelasah.
“Hanya tiga pelajar perempuan dalam kumpulan itu yang saya kenal termasuk dua pelajar yang menuduh saya mempunyai hubungan dengan kekasih mereka. Ketiga-tiga pelajar itu sebaya dengan saya dan sama kelas dengan saya,” ujarnya.

Please Share


Ya Allah,terlalu berat dugaan-Mu pada nya... Please share,kerna setiap share akan d derma 3sen kepada adik ini... kecik sumbangan,besar makna nya bg adik ini...

Salon kecantikan untuk si Mati

Tidak hanya orang hidup, orang mati pun perlu didandani. Rumah pemakaman yang juga menawarkan jasa mendandani jenazah kini sedang diminati di Taiwan. Orang-orang pun tertarik untuk belajar cara mempercantik mayat 



Mandi Bogel Di Tepi Jalan


LOS ANGELES - Kejadian menghebohkan terjadi di jalan raya Los Angeles. Pasalnya dua orang gadis cantik nampak bogel dan mandi di tepi jalan.

Seorang pemandu kereta mengalami kecelakaan akibat kejadian tersebut.

Kedua wanita tersebut merupakan aktivis perlindungan haiwan Peta. Mereka melakukan aksi mandi dijalanan untuk memperingati Hari Air Sedunia..

Pejabat berita CBS pun merakam kejadian ketika apabila seorang pemandu kereta melanggar sebuah lori pick-up karena melihat kedua gadis tersebut mandi.

Peta juga melancarkan aksinya tidak hanya di Amerika Syarikat. Di London, dua orang model juga melakukan aksi mandi sedemikian.

Mereka melakukan protes terhadap perusahaan daging yang menggunakan banyak air. Mereka mengklaim bahawa dengan tidak memakan daging sebanyak setengah kilogram, orang ramai akan menjimatkan air sebanyak enam bulan untuk mandi..

Laman Web Tertua di Dunia


Inilah laman web tertua di dunia. Didaftarkan pada 15 Mac 1985, dan digunakan oleh perusahaan manufacture computer Symbolics Inc. Sekarang tidak lagi digunakan namum masih wujud. Anda boleh cuba pergi ke link tersebut


apekepelik , malaysiasensasi

Kanak-Kanak 4 TAHUN Dipaksa Diet

kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun hingga 8 tahun mesti melakukan diet ketat semata-mata untuk memenangi pertandingan kecantikan. Padahal,kanak-kanak seusia itu harus lah mendapatkan gizi yang seimbang

Adriana (4 tahun) merupakan salah seorang peserta dari Toddlers and Tiaras,pertandingan kecantikan kanak-kanank yang ditayangkan stasion TV TLC, Amerika.

Di usianya yang tidak sepatutnya,Adriana menjalani diet salad dan sekarang berat badannya sudah turun 1,8kg.

"Namun agak sukar mencari gaun yang sesuai untuk nya,kerana ukuran badan nya yang terlalu kecil. Saya akan melakukan apa saja untuk memenuhi keperluan nya.saya akan gembira jika dia menang," kata ibu Adriana yang berasal dari dari Hot Springs, Arkansas,

Bukan saja Adriana, Ever Rose (8 tahun) juga mengalami nasib yang sama. Untuk mendapatkan bentuk tubuh yang cantik,ibunya menghadkan makanannya hanya 1600 kalori sehari. Dengan diet ketat, berat badan Rose sudah turun 4,5 kg.

"Kamu tidak akan mendapatkan markah yang tinggi jika memakai gaun yang tidak sesuai"-ibu Rose.

menurut gadis kecil ini dia benar-benar ingin memenangi pertandingan kecantikan tersebut.dia akan mengurangkan makan walaupun perutnya lapar.

"Saya perlu berhati2 dengan apa yang saya makan tetapi kadang-kadang saya merasa lapar," akuinya.

Diet biasanya sebagai salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan cara menghadkan jumlah kalori atau jenis makanan tertentu. Namun kanak-kanak tidak perlu atau sebaiknya jangan melakukan hal tersebut.

ini kerana kanak-kanak masih dalam tahap pertumbuhan dan berkembangan. ketika ini dia memerlukan berbagai jenis makanan sihat untuk pertumbuhan dan perkembangannya optima.

Nyamuk gergasi gemparkan penduduk

Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.

Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan

Rumah dihasilkan dari wang kertas euro

Seorang penganggur warga Ireland mendapat idea baru dan lebih kreatif untuk membina rumahnya dari carikan wang kertas bernilai 1.4 bilion euro (RM5.6 bilion) yang dipinjam dari kilang pencetak wang kebangsaan di negara itu.

Frank Buckley mendakwa dia mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan apartmen kecil di lobi sebuah bangunan pejabat di Dublin dengan hanya menggunakan carikan wang kertas dalam bentuk batu-bata.

“Siapa sangka dinding dan lantai rumah kecil ini bernilai berbilion euro. Saya mahu mencipta sesuatu yang berbeza dan unik,” menurutnya.

Buckley kini sedang menyiapkan projek menambah bahagian dapur untuk melengkapkan apartmen ‘mewahnya’..

Dalam satu kenyataan, dia turut berharap masalah krisis hutang Eropah dapat diselesaikan, tetapi jika gagal Buckley berhasrat menggunakan carikan wang kertas tersebut untuk projek baru pada masa akan datang.

Anwar tetap mahu debat dengan Najib

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini.
Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan  yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.

“Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya,” kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini, semalam.

Hadir sama dalam siri ceramah itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin; pakar perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari; Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim dan Yang Dipertua Pas Sabak Bernam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Sallehen Mukhyi.
Ketika dihubungi Sinar Harian Online awal minggu ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.
Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.
"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.
"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim.
Bagaimanapun, dalam reaksinya Umno berpendapat bahawa cadangan debat terbuka antara Najib dan Anwar bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.
Dalam reaksinya semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, debat antara Najib dan Anwar tidak perlu diadakan kerana tidak mengubah pendirian masing-masing.
Sementara itu, PKR mengalu-alukan idea agar diadakan satu debat terbuka antara Najib dan Anwar kerana pendekatan sedemikian perlu bagi menyuburkan budaya membahas dan membincangkan isu-isu menyentuh kepentingan rakyat dari semasa ke semasa secara konstruktif, membabitkan pemimpin-pemimpin negara.
Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar juga mengulangi janji yang dibuat sekiranya dapat menawan Putrajaya.
"Hari ini kita tawan Putrajaya, esok harga minyak turun. Dua minggu selepas kita tawan Putrajaya, kita akan minta cara untuk turunkan kadar elektrik,” katanya.
“Rakyat mampu membuat pilihan, BN pernah perintah Selangor, PR masuk empat tahun perintah Selangor dan rakyat perlu diberikan peluang untuk membuat pilihan," kata Anwar lagi.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR memberitahu, derita rakyat perlu diatasi begitu juga dengan rasuah dan penindasan.
"Sebab itulah kita kata rakyat ada pilihan. Rakyat mesti bangkit tentukan masa depan mereka,” katanya.

Batu zamrud sudah dipotong terbesar dunia dilelong

Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini.
Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.
Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini.
Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).
Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.
Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini.

Pelacur terkenal jadi pereka fesyen

PARIS - Setahun lalu, seorang pekerja seks Perancis berdarah Maghribi, Zahia Dehar menjadi tajuk utama akhbar apabila dia didakwa dibayar tiga bintang bola sepak Perancis untuk menjalin hubungan seks ketika dia masih di bawah umur.
Pendedahan tersebut nyaris memusnahkan kerjaya tiga bintang bola sepak iaitu Franck Ribery, 28, Karim Benzema, 23, dan Sidney Govou, 31.
Namun, nasib Zahia, 19, jauh lebih baik apabila dia kini bergelar model peragaan dan tidak lagi berkecimpung dalam aktiviti tidak bermoral itu.
Pada Rabu lalu, koleksi pakaian dalam dan musim panas serta bunga ciptaan Zahia diperagakan di pentas Palais Brongniart di sini sempena Minggu Fesyen Couture.
Palais Brongniat merupakan bekas Bursa Saham Paris.
Beberapa model memperagakan fesyen pakaian dalamnya itu di depan sejumlah tetamu.
Pada akhir peragaan itu, Zahia muncul di pentas dengan memakai pakaian dalam yang jarang. - Agensi

Maia tolak tudung

BARU-BARU ini penyanyi Maia Estianty yang juga bekas isteri Ahmad Dhani dikhabarkan bakal mengubah penampilannya dengan mahu bertudung, sekali gus melupakan terus bidang nyanyian.
Bagaimanapun, sewaktu ditanya oleh para wartawan sebaik sahaja berakhir acara MNC TV pada Isnin lalu, penyanyi berkenaan menafikan dia akan berubah dari segi penampilan dan bersara.
"Sama ada saya akan bertudung itu rasanya belum tiba masanya lagi. Bagi saya sebelum ubah penampilan diri, apa yang lebih penting harus mengubah dulu sikap dan hati perlulah ikhlas untuk berubah.
"Bukan tidak pernah terfikir untuk menjalani perubahan, tetapi saya harap masanya akan tiba suatu hari nanti. Lagipun, melihatkan ibu yang sangat rajin sembahyang dan kerap mengikuti kelas agama, kini hidupnya menjadi lebih tenang," jelasnya.
Mengenai hasrat untuk bersara, Maia menganggap dunia nyanyian adalah lebih kepada satu hobi dan dia akan rasa lebih tertekan kalau tidak menyanyi. Buat masa ini dia mahu terus fokus kepada bidang yang diceburinya itu.

Bieber temui anak-anak Jackson

Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber menyertai majlis mengabadikan bekas tapak tangan dan kaki Raja Pop, mendiang Michael Jackson (gambar kecil) di pekarangan Teater Graumen's Chinese di sini kelmarin.
Bieber, 18, menyertai anak-anak Jackson, Paris, 13, Prince Michael, 14, dan Blanket, 9, menghadiri majlis itu.
Anak-anak Jackson menggunakan sarung tangan dan kasut bapa mereka pada simen tersebut.
Selain anak-anak Jackson, kaum keluarga penyanyi tersebut termasuk abang penyanyi tersebut, Tito Jackson turut hadir.
Ibu Jackson, Katherine juga hadir.
Antara selebriti lain yang hadir ialah pelakon Chris Tucker, komposer Quincy Jones, ahli muzik, Melanie Fiona. Smokey Robinson.
Bieber turut berucap pada majlis itu selain bergambar dengan keluarga Jackson.
Jackson mati selepas jantungnya gagal berfungsi di rumahnya di sini pada 25 Jun 2009

Isteri Shah Rukh cemburu Prinyka

HANYA menggunakan tiket gelaran ratu cantik dunia yang diperolehinya pada tahun 2000, menjadikan langkah Priyanka Chopra yang juga seorang model cukup mudah untuk menjadi salah seorang aktres terkenal Bollywood.
Tidak hanya menjual rupa paras jelitanya di layar perak tetapi juga bakat lakonannya yang mendapat pujian ramai pengkritik filem.
Lakonannya dalam filem Andaaz yang melayakkan aktres yang kini berusia 30 tahun merangkul anugerah Pelakon Wanita Baharu Terbaik pada Anugerah Filmfare pada tahun 2003.
Seiring dengan kejayaannya sebagai aktres, nama Priyanka juga tidak henti dikaitkan dengan aktor terkenal Bollywood.
Selepas putus cinta dengan aktor, Harman Baweja, Priyanka dikaitkan dengan aktor Akshay Kumar, Shahid Kapoor dan gosip yang sedang hangat diperkatakan di Bollywood kini adalah, skandal cinta antara Priyanka dan aktor terkenal, Shah Rukh Khan.
Priyanka dilihat berada di pejabat aktor itu pada pukul 3 pagi baru-baru ini. Kedua-duanya mengaku berada di pejabat itu. Bagaimanapun, menafikan yang mereka sedang bercinta sebaliknya menjelaskan mereka sedang menjalani latihan selaku pengacara majlis untuk anugerah Zee Cine yang berlangsung pada 21 Januari lalu di Macau.
Priyanka membalas segala spekulasi itu dengan memberi kenyataan di laman sosial Twitter miliknya: "Bosan! phew.. Menggelikan hati. Sebenarnya saya menjadi pengacara buat pertama kali, harap semua latihan yang dilakukan berbaloi."
Imej bersih Shah Rukh Khan sebagai lelaki berkeluarga buat pertama kalinya tercalar. Dia membalas jawapan yang sama di Twitternya dengan menulis: "Menuju ke Macau untuk anugerah Zee Cine. Menjalani latihan dengan Priyanka Chopra, penulis dan penari sebagai persediaan untuk menjadi pengacara majlis. Harap semuanya berjalan dengan lancar."
Meskipun masing-masing telah memberi kenyataan, namun, skandal cinta Shah Rukh Khan bersama Priyanka membuatkan isteri aktor itu, Gauri cemburu dan tidak senang duduk.
Kenyataan terdahulu Priyanka ini mungkin membuatkan Gauri menghembuskan nafas lega.
KEINTIMAN antara Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra telah mencetuskan spekulasi kononnya mereka bercinta.


"Saya rasa cinta datang dengan sendirinya. Perkara berkenaan hati tidak boleh dimanipulasi. Saya sentiasa terbuka apabila bercinta, kerana saya rasa bangga apabila jatuh cinta.
"Bagaimanapun, saya tidak akan mempunyai hubungan cinta dengan lelaki yang telah berkeluarga. Saya percaya pada karma, jika saya bertanggungjawab merosakkan perkahwinan seseorang, perkara yang sama akan berlaku pada saya kemudian hari," ujarnya yang berlakon dalam filem Don dan Don 2 bersama Shah Rukh Khan.
Memiliki kecantikan, populariti dan kekayaan tidak membuatkan Priyanka mudah untuk jatuh cinta, hakikatnya hati wanitanya sukar untuk dimiliki oleh lelaki.
"Saya seorang wanita yang inginkan seseorang yang mampu membuatkan saya percaya tiada apa lagi yang penting selain diri saya di dunia ini. Lelaki itu mestilah seorang yang budiman tidak kiralah jika dia seorang pelakon, doktor atau apa sahaja pekerjaannya.
"Tetapi saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta dan saya tidak pernah menggoda lelaki sehinggalah lelaki itu berjaya mencairkan hati saya," katanya.
Enggan berbogel
Sepanjang bergelar aktres, wanita kelahiran Jamshedpur, Jharkand, India, itu telah berlakon sebanyak 43 buah filem. Satu rekod yang cukup cemerlang buatnya, kini dia sedang menjalani penggambaran filem Krrish 3 untuk tayangan 2013.
Berbicara mengenai kerjayanya selaku seorang model dan aktres, jelas Priyanka yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera perisian atau pakar psikologi penjenayah, dia masih berpegang pada prinsip dalam hal mendedahkan tubuh di layar perak.
"Saya tidak kisah untuk bercium dalam filem tetapi saya tidak selesa untuk berbogel. Memang fakta, unsur seks melariskan filem. Saya akan lakukan adegan panas mengikut skrip tetapi masih ada hadnya.
"Melihat perjalanan kerjaya saya, memang diri saya cukup bertuah. Saya tidak akan sesekali menjual jiwa saya untuk mendapatkan watak dalam filem. Jika seorang aktres terpaksa tidur dengan seseorang untuk mendapatkan watak, ia tidak berbaloi langsung," balasnya.
Mengakui masih terdapat penerbit yang mengambil kesempatan terhadap pelakon baharu, kata Priyanka dia banyak memberi nasihat kepada pelakon baharu bagi menggelakkan perkara tidak diingini berlaku.
"Sejak dahulu lagi, saya mengamalkan prinsip, tidak akan berjumpa dengan penerbit atau pihak produksi selepas pukul 8 malam.
"Jika terpaksa juga, saya akan membawa ibu bapa saya bersama. Jika mereka tidak suka cara kerja saya, itu masalah mereka. Saya seorang yang mempunyai prinsip dalam bekerja, saya bukan wanita murahan sebaliknya seorang aktres.
"Setakat hari ini, apabila saya tiba di set penggambaran saya akan memberi fokus seratus peratus dan tiada siapa yang berani mengganggu terutama ketika waktu saya menjalani penggambaran," ulasnya kini sedang hangat dengan filem Agneepath yang mula ditayangkan di pawagam pada 26 Januari lalu.
Terbit album
Tidak hanya berlakon, Priyanka yang sudah lama mengidamkan untuk bergelar seorang penyanyi bakal melancarkan album sulungnya dijangka akan berada pada tahun ini, manakala lagu single pertamanya akan ke udara di corong radio pada musim panas ini.
Album yang memuatkan lagu dalam bahasa Inggeris sepenuhnya itu masih dalam proses pembikinan dan album tersebut dirakamkan di Los Angeles pada tahun lalu.
Sungguhpun begitu terdapat kebimbangan di hati aktres ini terhadap kerjaya baharunya itu.
"Saya menulis lirik dalam album sulung saya dan saya bimbang privasi diri saya akan hilang kerana semua lirik itu ditulis berdasarkan pengalaman saya.
"Sebahagian lagu telah siap dirakamkan. Saya berharap semuanya berjalan lancar, saya telah berusaha keras untuk album ini," katanya yang berkongsi pengurus dengan penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga.
Menjadi penyanyi tidak semudah disangka meskipun Priyanka sering menyanyi secara miming dalam setiap filem lakonan.
"Ya, saya mengambil kelas vokal. Saya bergelar seorang pelakon selama 10 tahun dan kini apabila menjadi penyanyi saya perlu bermula daripada bawah. Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menyanyi dengan baik," luahnya.
Priyanka tidak ada sebarang perancangan untuk menyumbangkan suara di dalam filem lakonannya kerana sibuk dengan album yang akan dipasarkan di peringkat antarabangsa itu.

Gadis Seksi Yang Fleksible

Seksi Dan Seksa mata memandang =.=










Sumber : apekepelik

Ketua Polis New York digesa letak jawatan

NEW YORK - Kumpulan hak awam orang Islam di Amerika Syarikat (AS), kelmarin menggesa Pesuruh jaya Polis New York, Ray Kelly meletak jawatan kerana mendakwa dokumentari yang menampilkannya dan berulang kali ditayangkan di negara itu telah menyinggung perasaan me­reka.

Dokumentari The Third Jihad: Radical Islam’s Vision for America tersebut didakwa secara terang menggambarkan orang Islam sebagai pengganas dan seakan menggalakkan warga AS untuk sangsi terhadap organisasi agama Islam yang ditubuhkan di negara itu.

Aktivis Islam di New York menyatakan mereka bimbang jika dokumentari tersebut memberi pengaruh kepada jabatan polis untuk mengarahkan anggota mereka supaya sentiasa menganggap orang Is­lam sebagai pengganas.

Penglibatan Kelly dalam dokumentari itu turut dikecam oleh pertubuhan Council on American-Islamic Relations (Cair) yang menganggap kredi­bilitinya sebagai ketua pasukan polis terbesar di AS kini telah terjejas walaupun sebelum ini dia menyokong penuh pembinaan masjid berhampiran tapak runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Dalam satu kenyataan, jurucakap polis New York, Paul Browne berkata, Kelly menyatakan bahawa dia kesal kerana terlibat dalam pembikinan dokumentari pada 2007 itu dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan orang Islam.

Selasa lalu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg turut menyelar polis New York kerana membuat ‘penghakiman secara dahsyat’ terhadap orang Islam apabila mereka menayangkan rakaman di luar sesi latihan memerangi keganasan selama 72 minit pada 2010.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More