22 awang import lulus ujian FAM


PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan senarai pemain-pemain import yang dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia musim hadapan.

Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM di dalam mesyuaratnya semalam telah menimbangkan permohonan 35 orang pemain asing dari persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang bertanding di dalam Liga Super dan Liga Premier.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Sinar Harian lewat malam tadi persatuan itu juga menyebut Jawatankuasa itu telah membuat keputusan bahawa daripada jumlah tersebut, 26 pemain telah diluluskan, termasuk empat diluluskan bersyarat sehingga sijil ITC (International Transfer Certificate) diterima.

“Dua permohonan telah ditarik balik. Jawatankuasa juga membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab-sebab tidak memenuhi syarat-syarat FAM (syarat-syarat FIFA yang digunapakai oleh FAM).

“Syarat itu menetapkan bahawa status pemain ditentukan oleh kelab terakhir yang disertai, misalnya jika dari Amerika Latin dan Eropah pemain mestilah dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi Negara Asia pemain mestilah dari Divisyen 1 dan ke atas,” kata kenyataan itu.

Antara pemain yang mendapat kelulusan bermain adalah Marlon Alex James dan Bruno Sebastian Martelotto dari ATM dan Mohamad Ghaddar, Dennis Agayare dan Emmanuel Ayaah Okine (Kelantan).

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More