Saifuddin saran Adam diadili di luar kampus

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyarankan agar aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim yang menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibicarakan dan diadili di luar kampus.

Katanya, walaubagaimanapun, beliau amat menghormati keputusan yang diambil Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) yang memanggil Adam Adli untuk hadir perbicaraan di universiti itu pada 9 Januari depan.


"Saya hormati hak Upsi untuk ambil tindakan terhadap Adam Adli. Tetapi jika saya diberi pilihan, saya lebih suka jika dia diadili dengan undang-undang di luar kampus," katanya selepas menghadiri persidangan Meja Bulat Akta Universiti dan Kolej Univeristi (Auku) kedua bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), semalam.

Jelasnya, tindakan Adam Adli menurunkan bendera berwajah Najib berlaku di luar kampus dan adalah lebih baik jika ia diadili diluar berbanding di dalam kampus.

17 Disember lalu, aktivis mahasiswa itu menurunkan bendera wajah Najib di Ibu Pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Berikutan kejadian itu, Upsi telah menghantar surat panggilan hadir perbicaraan pada 9 Januari depan, berhubung kes membabitkan dirinya yang didakwa mencemar nama baik Upsi dan ancam ketenteraman awam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keengganan Adam Adli untuk memohon maaf di atas tindakannya itu, Saifuddin berkata, beliau amat berdukacita dengan tindakan pelajar  tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Upsi itu.

"Saya sangat dukacita. Saya benar-benar berharap dia akan meminta maaf dan saya tahu Adam ada alasannya tersendiri tetapi lebih manis kalau dia minta maaf secara terbuka atas perbuatan dia itu," katanya. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More