Malaysia mampu capai sasaran: Shabery


MENTERI Belia Dan Sukan, Datuk SeriAhmad Shabery Cheek menyifatkan misi kontinjen paralimpik negara untuk membawa pulang 57 emas di temasya Sukan Para Asean Keenam 2011 sebagai sasaran realistik dan boleh dicapai.

Beliau berkata, keupayaan atlet paralimpik terbukti apabila mereka berjaya meraih lima emas semalam, iaitu tiga dari acara olahraga dan dua dari acara renang.

“Ini membuktikan bahawa atlet paralimpik kita mempunyai keupayaan cemerlang dalam pungutan pingat namun pada masa yang sama kita tidak mahu terlalu ghairah dalam memburu pingat kerana tuan rumah (Indonesia) mempunyai kelebihan yang sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya berjaya menduduki tempat kedua atau ketiga dalam carta pungutan pingat secara keseluruhan, ia boleh dianggap sebagai pecapaian membanggakan.

Ahmad Shabery berkata, Malaysia adalah negara ketiga terbesar menghantar atlet pada edisi kali ini dengan 120 atlet yang mengambil bahagian dalam 10 acara iaitu olahraga, memanah, badminton, goal ball, powerlifting, renang, ping-pong, bola tampar duduk, tenis berkerusi roda dan tenpin boling.

Lima emas negara semalam disumbangkan Hemala Devi Enikutty menerusi acara merejam lembing kategori F12 wanita (Kecacatan penglihatan), Azlan Yusof menerusi acara lempar cakera kategori F20 Lelaki (gangguan pembelajaran), Nursuhana Ramlan menerusi acara merejam lembing kategori F20 wanita (gangguan pembelajaran), Friden Dawan dari acara 400m gaya bebas kategori S10 (cacat anggota kaki) dan Razak Tambi menerusi acara renang kuak lentang 50m lelaki kategori SB9 (kecacatan kaki).

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More