Lebih 1 trilion rakaman video dimainkan semula di laman video YouTube sepanjang tempoh 2011, iaitu sama seperti setiap orang di dunia ini menonton 140 video, menurut Google semalam.
Google turut mengeluarkan senarai 10 video teratas yang paling banyak ditonton selain yang diterbitkan oleh syarikat rakaman utama.
Senarai itu kebanyakannya daripada video amatur atau komedi daripada lagu-lagu hit dengan satu daripadanya termasuklah iklan kereta Passat buatan Volkswagen di mana seorang kanak-kanak bertopeng Darth Vader menyangka dia telah menghidupkan enjin kereta bapanya menggunakan kuasanya tanpa menyedari bapanya menggunakan alat kawalan jauh.
Video yang paling ramai ditonton sepanjang 2011 di YouTube ialah video memaparkan penyanyi remaja Amerika Syarikat (AS), Rebbeca Black yang menyanyikan lagu Friday.
Video Ultimate Dog Tease yang memaparkan seekor anjing memberi tindak balas ketika tuannya menceritakan kisah-kisah dongeng mengenai makanan pula menduduki tangga kedua.
Lagu oleh kumpulan rombongan AS, Lonely Island yang menampilkan Michael Bolton sebagai Jack Sparrow berada di kedudukan ketiga dalam senarai video paling popular itu dan diikuti oleh video di mana dua bayi kembar berbicara antara satu sama lain.
Video animasi memaparkan seekor kucing terbang di angkasa lepas pula berada di kedudukan kelima, manakala Karmin Music yang menyanyikan lagu Chris Brown, Look at Me Now menduduki tangga keenam.
Lonely Island's The Creep berada di kedudukan ketujuh diikuti oleh video seorang kanak-kanak Maria Aragon, 11, menyanyikan lagu Lady Gaga, Born This Way.
Volkswagen's The Force pula menduduki tangga kesembilan dan video ibu kucing berpusing-pusing membawa anaknya di kedudukan ke-10.
Bagi video daripada syrikat rakaman utama pula, Jennifer Lopez dengan lagu On the Floormenduduki senarai teratas diikuti oleh LMFAO (Party Rock Anthem), Bruno Mars (The Lazy Song) dan Nicki Minaj (Super Bass).
Pitbull dengan lagu Give Me Everything dan Rain Over Me berada di kedudukan kelima dan keenam.
Video klip daripada penyanyi Jessie J dengan lagu Price Tag pula menduduki tangga ketujuh sementara lagu Sexy and I Know oleh LMFAO di tangga kelapan.
Penyanyi Katy Perry melengkapkan senarai kesembilan dan ke-10 melalui video klip lagunyaET dan Last Friday Night
0 comments:
Post a Comment