Petinju Terengganu berguru di Thailand


PERSATUAN Tinju Amatur Terengganu (PTAT) akan menghantar lima atletnya mengikuti latihan di Sekolah Sukan Tran, Thailand, Mac depan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang.

Setiausaha PTAT, Razali Mamat berkata, atlet terlibat adalah Mohd Hafizuddin Hakim bagi Kategori 46kg, Mohd Hishamuddin Alias (49kg), Mohd Suhaimi Yacob (56kg), Mohd Shahrulnizam Che Nik (52kg) dan Nik Mohd Iqbal Shafi (64kg).

“Kita pilih Sekolah Sukan Tran untuk menjadi rakan pelatih kepada atlet-atlet tinju kita kerana sekolah sukan itu mempunyai ramai petinju-petinju berwibawa,” katanya.

Beliau berkata semua atlet terbabit akan mengikuti latihan selama dua minggu.

Katanya, kebanyakan petinju terbabit baru saja selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kini mengikuti latihan intensif termasuk menjalani latihan pernafasan di kawasan sejuk di Cameron Highlands.

Untuk Sukma tahun depan, Razali berkata PTAT akan menghantar tujuh atlet selain dua yang sedang dikenal pasti untuk kategori 75kg dan 81kg.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More