Bukan disihir, bukan tak berdisiplin

AKHIRNYA misteri kehilangan Jue Aziz terjawab juga. Minggu lalu heboh juga orang memperkatakan tentang kehilangan Jue. Iyalah, teater dah nak mula tapi batang hidung Jue langsung tak nampak.

Kata Jue kepada pihak media, dia bukan sakit terkena buatan orang. Dia juga menafikan yang ada masalah disiplin. Habis hilang sampai lima hari tu pergi mana pula?

Itu yang bermain di fikiran Joyah. Risik punya risik rupa-rupanya Jue sakit. Dia pitam dan muntah-muntah sampaikan doktor terpaksa memberi cuti sakit akibat simptom yang dialaminya itu.

Lalu sepanjang pementasan Semerah Padi berlangsung tempat Jue diganti secara bergilir-gilir dengan pendatang baru Abby Nadzri memandangkan nama Abby sudah dicanang akan menggantikan tempat Jue sekiranya dia digugurkan pada masa itu.

Kalau dah sakit tu nak buat macam mana. Bukan boleh tahan-tahan untuk bagi laluan pada hal yang lebih mustahak. Setidak-tidaknya Joyah bangga bila Jue buka mulut dan menjelaskan hal yang sebenar. Berani kerana benar.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More