4 tahun pemuas nafsu Mat Rempit

Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja,” kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya.


Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.

“Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.

“Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu,” katanya

7 comments:

bodoh ! yang pegi pilih mat rempit 2 apesal ? laen kali pilih lah tok imam ke, anak pak imam ke...adooii.... =,=*

maaf tibe2 geram plak..hehehe

hehe. tah. meh sini, aku tlong ajarkan.. muaheheh.. mat rempit pon nak.. astaga...

iyo ler.. Apa ke bangang duk harap mat rempit bimbing ke jalan yg benar. Dah sah-sah lah bimbing ke dalam bilik.. Adoi..

Ikut nafsu .. mati lerr. Org lain jer yg sedapp

dosa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa rasa kesal dosanya lebih besar dari dosa orang yang berzina, hormatilah mereka yang ingin kembali ke jalan yang benar.. sama2 kita doakan dia bertemu dengan orang yang betul2 bertanggungjawab, insyaAllah~

ni merelakan....da taw dosa tp wat jgak...bertaubatlah...perbuatan yg mcm awak tu la yg menyebabkan bumi banyak bencana...Astaghfirullah...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More