Janji tiada lagi banjir


Kerajaan Thailand, kelmarin, memberi jaminan kawasan ekonomi, perindustrian dan bandar-bandar utama tidak akan lagi berhadapan banjir buruk, tahun depan, selepas langkah pencegahan banjir di negara itu siap sepenuhnya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand, Kittiratt Na-Ranong, pelan induk bagi sistem halangan banjir di negara itu dijangka siap dalam masa terdekat.

Sistem baru itu dijamin akan mengurangkan kemusnahan di kawasan penting akibat banjir pada masa depan berbanding banjir baru-baru walaupun jika jumlah hujan yang diterima kelak sama atau lebih banyak daripada tahun ini.

Sementara itu, Kabinet pimpinan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, semalam, akan mengagihkan 20 bilion baht (RM2.04 bilion) serta-merta bagi rancangan pembinaan semula selepas banjir untuk merangsang ekonomi negara.

Menurut Yingluck, keadaan banjir di negara itu juga semakin pulih dengan air di Bangkok dijangka surut sepenuhnya, minggu ini manakala kawasan lain akan kembali kepada keadaan asal, akhir bulan ini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More