Hanya kerana masalah peribadi, seorang lelaki memilih jalan mudah dengan sanggup meminum racun.
Namun, lelaki berusia 40-an itu akhirnya menyedari tindakannya boleh mengundang maut lalu mengambil keputusan balik ke rumah keluarganya di Taman Desa Makmur kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin untuk mendapatkan bantuan.
Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, apabila sampai di rumah lelaki itumula muntah-muntah.
“Apabila ditanya, dia mengaku sudah meminum racun. Selepas itu,warisnya segera menghubungi seorang rakan untuk meminta pertolongan.
“Mereka kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
“Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut,” katanya
0 comments:
Post a Comment