PUTRAJAYA 14 Dis. – Papan lapis tertera kalimah ”bismillahirrahmanirrahim” adalah antara tarikan pada Karnival Hijrah 2011 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, dari 22 hingga 24 Disember ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, papan lapis itu ditemui seorang usahawan di Ankara, Turki, apabila membelah kayu balak berasal dari Afrika.
Karnival yang pertama kali diadakan itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, kerajaan negeri Terengganu dan TV AlHijrah.
Jamil Khir memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa pengunjung berpeluang menyaksikan beberapa artifak dan replika kegemilangan Islam seperti lampu Masjid Mamluk, pameran mengenai halal hab selain menyertai klinik Al-Quran.
Beliau berkata, mereka juga akan dapat melihat alat menguji ketulenan emas, penyediaan perkhidmatan dan urusan haji oleh Lembaga Tabung Haji selain Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan.
Karnival ini menyasarkan kehadiran 200,000 pengunjung dan akan diperluaskan ke negeri lain pada masa akan datang sekiranya mendapat sambutan, katanya.
Program bual bicara ”Assalamualaikum” dan Konsert Ulang Tahun TV AlHijrah akan disiarkan secara langsung oleh TV AlHijrah semasa karnival itu
0 comments:
Post a Comment