PSM perlu lima tahun


EMPAT hingga lima tahun lagi diperlukan untuk mengembalikan kecemerlangan sukan sepak takraw di persada antarabangsa.

Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Mohd Shapian Ali berkata, itupun sekiranya semua persatuan sepak takraw negeri bangkit dan mengadakan program pembangunan masing-masing.

“Tidak ada langsung kejohanan atau program pembangunan dibuat oleh persatuan-persatuan negeri menyebabkan sukar kita hendak mencari pemain untuk mewakili negara,” katanya yang mengulas kemerosotan prestasi pasukan negara dalam kejohanan-kejohanan sepak takraw peringkat antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Yakin negara dapat melahirkan pemain-pemain baru melalui program pembangunan, Shapian menggesa persatuan-persatuan negeri bergerak aktif dan tidak berpeluk tubuh.

“Tiada langsung program dan kejohanan menyebabkan kita ditinggalkan oleh negara-negara lain dalam sukan sepak takraw,” katanya yang melihat PSM juga perlu menilai semula keupayaan jurulatih sedia ada memandangkan sukan sepak takraw semakin maju dan berkembang.

“PSM perlu tingkatkan ilmu pengetahuan jurulatih dengan ilmu-ilmu baru,” katanya yang mahu kekecewaan pasukan sepak takraw negara di Sukan SEA Jakarta bulan lalu dijadikan iktibar dan pengajaran untuk Malaysia bangkit.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More