Daging kucing rebus punca bilionair mati

Sekadar Hiasan

Polis tawar RM49,702 untuk maklumat pembunuh hartawan 

Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China menyebabkan penyiasat polis tertanya-tanya sama ada punca kematiannya atau pembunuhannya disebabkan dia makan daging kucing.
Long Liyuan, 49, menemui ajal pada 23 Disember di wilayah Guangdong selepas berkongsi makanan istimewa bahagian selatan negara itu iaitu hidangan daging kucing rebus dengan dua lagi lelaki dalam majlis makan tengahari perniagaan.
Seorang lelaki itu yang juga pegawai tempatan, Huang Guang, ditahan Jumaat lalu kerana disyaki memasukkan racun herba ke dalam periuk mengandungi daging itu. 

Pihak polis mensyaki Huang mempunyai motif membunuh Long kerana mereka terbabit dalam pertelagahan perniagaan. 

Huang yang juga Timbalan Pengarah Pertanian pekan Bajia, Guangdong disyaki memasukkan racun herba ‘Gelsemiun elegans’ ke dalam periuk itu, lapor blog mikro penyiasat polis. 

Tumbuhan beracun itu didapati dalam banyak kawasan hutan di beberapa tempat di China. Tiga lelaki itu jatuh sakit tetapi Long menemui ajal kerana dia paling banyak makan herba itu. 
Long dan Huang bertemu untuk membincangkan kontrak perniagaan. Long yang mempunyai syarikat perhutanan di Guangdong mahu memajak tanah hutan dan membangunkannya, lapor Nanfang Daily, akhbar utama Parti Komunis, kelmarin. 

Lelaki ketiga, Huang Wen yang juga rakan rapat Long berkata dia hanya makan sedikit selepas mendapati rasa masakan itu pahit daripada biasa. 

Long yang makan lebih banyak pening dan sakit. Dia segera dihantar ke hospital dan diserang angin ahmar dan menghembuskan nafas terakhir. 

Pada awalnya polis menahan pemilik restoran kerana mengesyaki menghidangkan makanan tidak bersih. 

Ahli keluarga ahli perniagaan itu enggan mempercayainya ia kes keracunan makanan dan mendesak polis menyiasat lebih lanjut dan menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM49,702) bagi maklumat kematiannya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More