PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bakal mengakhiri zaman bujang sebaik berakhir Sukan Olimpik, London 2012, Julai nanti.
Chong Wei bagaimanapun berseloroh, majlis perkahwinannya tidak akan diadakan dalam tahun ini.
“2012? Tak sempat. Saya mahu fokus dengan Olimpik dahulu. Tetapi selepas Olimpik tamat, baru saya selesaikan perkara lain,” kata Chong Wei yang masih merahsiakan calon pilihannya.
Sementara itu, Chong Wei berhasrat akan terus beraksi di Kejohanan Badminton 2013 dan belum berhajat menggantung raket meskipun sebelum ini membuat kenyataan menamatkan kerjaya selepas berakhir Sukan Olimpik.
“Saya tidak akan bersara lagi dan akan terus beraksi sehingga Kejohanan Dunia tahun depan,” katanya.
Pada masa sama, Chong Wei berhajat mengekalkan kejuaraan All England tiga kali berturut-turut pada edisi kali ini yang akan berlangsung pada 6 hingga 11 Mac di Birmingham, London.
0 comments:
Post a Comment