Kulit harimau seludup dirampas

Pasukan kastam Thailand semalam menyatakan mereka merampas empat kotak berisi kulit dan tulang harimau seludup bernilai AS$60,000 (RM188,759) di sebuah pejabat pos di sini, dipercayai untuk digunakan dalam hiasan dalaman.
Ketua Pengarah Kastam Diraja Thailand, Somchai Poolsawasdi berkata, semua kulit dan tulang harimau berkenaan yang ditemui pada awal minggu ini, dipercayai berasal dari Indonesia untuk dihantar ke China.
"Terdapat empat kotak semuanya dan setiap kotak mengandungi kulit, tulang dan tengkorak seekor harimau. Setiap kotak memiliki berat sekitar lima kilogram," kata Somchai.
Menurutnya, kotak-kotak berkenaan yang dipercayai dihantar oleh kumpulan penyeludup, dirampas di pejabat pos utama di sini hasil daripada maklumat yang disampaikan kepada pihak berkuasa

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More