Seorang anak bekas banduan, Laura Kaeppler menang pertandingan Ratu Cantik Amerika 2012 di Los Angeles kelmarin.
Dia yang berusia 23 tahun menang selepas menyanyi opera dan memakai bikini berwarna putih serta gaun berwarna gelap.
Gadis itu juga juga perlu menjawab satu soalan sama ada ratu cantik perlu mengisytiharkan fahaman politik mereka.
"Ratu Cantik Amerika mewakili setiap orang. Justeru, saya berpendapat, mesej untuk calon-calon politik adalah mereka (ratu-ratu cantik) mewakili setiap orang.
"Dan pada ketika keadaan ekonomi kini, kita perlu memandang ke hadapan tentang apa yang rakyat Amerika perlukan dan saya berpendapat, Ratu Cantik Amerika perlu untuk mewakili semua," katanya.
Peserta yang mewakili negeri Oklahoma, Betty Thompson menduduki tempat kedua manakala Kaitlyn Monte yang mewakili negeri New York berada di tempat ketiga.
Kaeppeler memenangi biasiswa sebanyak AS$50,000 (RM156,649) dan memegang gelaran itu selama setahun.
Bapanya, Jeff Kaeppeler memberitahu agensi berita The Associated Press, dia pernah menjalani hukuman 18 bulan penjara kerana kesalahan penipuan.
Menurutnya, kemenangan itu merupakan hari terbaik dalam kehidupannya.
Bapa gadis itu menghadiri majlis tersebut dengan memakai tuksedo berwarna hitam dengan vest berwarna biru dan bow tie.
"Tuhan telah menukarkan setiap perkara menjadi baik jika anda minta," katanya.
Bandar kelahiran gadis itu ialah Kenosha di negeri Wisconsin, 65 kilometer ke selatan Milwaukee.
Gadis tersebut mempelajari muzik dan persembahan vokal di Kolej Seni Liberal Lutheran di Kenosha.
Kaeppeler memberitahu para pegawai bahawa dia merancang untuk memperoleh ijazah sarjana dalam patologi bahasa dan ucapan.
Dia dinobatkan sebagai pemenang oleh tujuh panel hakim pada pertandingan tersebut.
0 comments:
Post a Comment