GAYA rambut pendek artis dan juga penyanyi Luna Maya nampaknya sudah mula menjadi buah mulut ramai orang.
Ramai juga yang beranggapan ia bakal menjadi trend hangat di Indonesia pada tahun ini.
Potongan rambut pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaharunya, My Blackberry Girlfriend itu cukup ringkas dikenali sebagai potongan bob.
Hal itu diakui oleh banyak pengusaha salun yang memberitahu sudah ramai wanita yang datang ke salun mereka meminta agar mendapat gaya fesyen rambut sama seperti Luna Maya.
"Sejak awal bulan ini, ramai yang datang ke salun saya dan meminta potongan rambut seperti Luna," ujar Yuni yang merupakan seorang pemilik salun di daerah Semarang Selatan, di Semarang.
Tidak sedikit daripada para pelanggan yang rambutnya panjang dan indah tetapi minta dipotong pendek, ujar Yuni lagi. Katanya, mereka mula mahu mengikut trend terkini dan tidak mahu ketinggalan.
Salah seorang pelanggan di salun Yuni, Syafa, mengaku memotong rambutnya dengan gaya bob setelah melihat penampilan terbaharu Luna Maya.
"Luna cantik dengan rambutnya yang sekarang pendek, jadi saya ingin potong juga seperti dia," katanya.
0 comments:
Post a Comment