Dadah3x!!..


Atlit olahraga, angkat berat gagal ujian Sukan SEA

BARU tiga hari memasuki Tahun Baru, sukan negara semalam, digegarkan dengan berita buruk apabila seorang atlit olahraga dan angkat berat yang beraksi di Sukan SEA di Palembang, November lalu disahkan positif dalam ujian doping masing-masing.
Lebih memeranjatkan, seorang daripada atlit itu adalah pemenang pingat emas dan seorang lagi meraih gangsa yang boleh menyebabkan pingat dimenangi itu ditarik balik seandainya gagal dalam ujian kedua Sampel B.
Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi mengesahkan menerima kiriman emel daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (INASOC) 20 Disember lalu yang mengesahkan dua atlit terbabit positif mengambil bahan larangan pada temasya dwitahunan itu.

“Ia berita buruk dan mengejutkan. Saya merahsiakan sebelum ia terbongkar hari ini (semalam). Saya sudah memaklumkan perkembangan ini kepada dua persatuan sukan terbabit dan meminta mereka memberitahu atlit masing-masing bersedia menjalani ujian Sampel B.

“Kita harap ujian Sampel B nanti menunjukkan keputusan sebaliknya,” katanya.

Andai ujian Sampel B mengesahkan, ia bukan saja menjejaskan imej negara tetapi mencemari kejayaan kontinjen negara yang pulang dengan 59 emas, 50 perak dan 81 gangsa - pencapaian yang boleh dikira membanggakan kerana ketiga terbaik dalam sejarah penyertaan di luar Kuala Lumpur selepas Korat 2007 dan Manila 2005. 
Kali terakhir atlit negara positif ujian doping di Sukan Komanwel New Delhi 2010 apabila pemain ragbi, Mohd Amin Jamaluddin, 23, didapati menggunakan kanabis yang menyebabkan dia dikenakan penggantungan enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB).

Pada Sukan Asia di Busan 2002, trio sepak takraw - Mohd Firdaus Abdul Ghani, Mohd Hanif Azman dan Mohd Aznan Raslan - dihantar pulang selepas didapati positif morfin dan digantung dua tahun. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More