ORG UTAN Di Rawat Seperti Manusia

Seekor orang utan jantan berusia 40 tahun bernama Puyul terpaksa dibedah bagi mengubati kaki haiwan itu yang patah.
Puyul menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat Program Pemuliharaan Orang Utan Sumatera (SOCP) di sini, Sumatera Utara baru-baru ini.
Kaki mamalia itu patah semasa ia diselamatkan oleh beberapa sukarelawan selepas ditemui berkeliaran di sebuah ladang getah berhampiran perkampungan manusia.
Selain Puyul, seekor orang utan berusia empat tahun, Marvel turut menjalani pembedahan di pusat berkenaan.
Kaki Marvel terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman akibat dirantai semasa ia dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More