Tentera, polis paling banyak serang media

Sebuah kumpulan penyokong media Indonesia melaporkan pasukan polis dan tentera negara itu bertanggungjawab ke atas sebahagian besar keganasan yang dihadapi oleh petugas media di Indonesia.
 
Yayasan Bantuan Guaman untuk Media (LBH Pers) melaporkan, polis dan tentera Indonesia terlibat dalam 22 daripada 96 kes keganasan ke atas wartawan, tahun ini, berbanding lapan kes keganasan yang dilakukan oleh samseng jalanan ke atas petugas media.
 
Selain itu, serangan ganas terhadap petugas media meningkat kepada 96 kes daripada 69 kes pada tahun lalu. 
 
Pengerusi LBH Pers, Hendrayana mengecam serangan ke atas media dan menegaskan institusi keselamatan yang ditugaskan melindungi wartawan tidak sepatutnya menjadi pelaku keganasan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More