Video Polis Vs Mahasiswa 1 Januari 2012


TANJUNG MALIM, 1 JAN : Kira- kira 20 mahasiswa ditangkap polis termasuk Adam Adli dan Pengerusi  Solidariti Mahasiswa Malaysia, Syukri Razak setelah mereka mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Pendidikan Sultan  Idris Shah Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi.


Beberapa pergelutan berlaku antara anggota polis dan mahasiswa. Sekurang-kurangnya dua orang mahasiswa mengalami kecederaan di muka dan kepala.
Sebuah poliklinik di dalam UPSI turut mengalami kerosakan apabila polis menyerbu premis itu untuk melakukan tangkapan.

Kekecohan berlaku apabila kumpulan mahasiswa itu engkar arahan polis untuk bersurai setelah berkumpul dengan kira-kira 100 mahasiswa lain untuk mengadakan bantahan selama 16 jam bersabit langkan UPSI mengenakan tindakan tata tertib terhadap Adam.
UPSI mengenakan tindakan tatatertib terhadap Adam  kerana  menurunkan  bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabatan Umno pada 17 Disember lalu bagi  mendesak Akta Universiti Kolej Universiti 1971 dimansuhkan terus.



Krew AntaraPos.com merakamkan puluhan mahasiswa ditangkap oleh anggota polis dan dimasukkan ke dalam trak polis setelah mereka engkar arahan untuk bersurai dalam  lima belas minit.


Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Penguasa Othman Nanyan mengarahkan tunjuk perasaan itu di hentikan padalam tempoh 15 minit kerana ia menggangu keamanan persekitaran.
Beliau berkata pihak polis sedia memberikan masa untuk pelajar terbabit menyampaikan memorandum kepada pihak universiti.
Bagaimanapun mahasiswa berkenaan yang berkumpul kira-kira pukul 1 pagi Tahun Baru enggan berundur dan mahu meneruskan program 16 jam mereka yang disulami dengan bacaan puisi, nyanyian lagu patriotik sambil membawa sepanduk mengutuk AUKU dan kerajaan.
   
Mereka juga membawa keranda bergambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan melaung slogan anti-kerajaan.
Kumpulan itu berkeras mahu meneruskan aturcara yang ditetapkan, memaksa polis untuk menggunakan kekerasan bagi menyuraikan perhimpunan itu.

Pergelutan berlaku ketika polis mengheret mahasiswa masuk ke dalam trak polis namun ada  mahasiswa bertindak  melepaskan diri. 

Seorang mahasiswa dikenali sebagai Safuan Anang mengalami kecederaan serius di bahagian rahang manakala Amar Rasyidi cedera di bahagian hidung dan kepala.

Safwan dan Amar dibawa ke poliklinik di hadapan UPSI itu oleh rakan-rakan mereka. Pintu kaca poliklinik itu pecah dalam keadan mahasiswa berasak-asak untuk memasuki klinik itu dengan  dikejar anggota polis.

Gagal  mendapat rawatan di klinik itu,  Safwan Anang cuba di bawa oleh empat rakannya ke Hospital Tanjung Malim namun kunci kereta mereka dikatakan dirampas polis.  

Mahasiswa yang cerdera parah itu  kemudian dibantu oleh media di situ untuk dihantar ke Hospital Tanjung Malim.

Keadaan tegang itu berlarutan sehingga jam 3.15 pagi.
Safwan Anang masih di di hospital kerana kecederaannya agak  serius manakala Amar menerima rawatan pesakit luar. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More